Dua pengasuh dera kanak-kanak direman - Utusan Malaysia

Dua pengasuh dera kanak-kanak direman

DUA pengasuh yang disyaki mendera kanak-kanak di sebuah taska dibawa ke Mahkamah Seksyen Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah video yang tular insiden kanak-kanak yang didakwa didera di sebuah taska di daerah ini.

Perintah reman sehingga Khamis depan itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Ahmad Fadhli Mahmud selepas menerima permohonan daripada polis, pagi ini.

Reman tersebut bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu dua pengasuh taska itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial mengenai insiden kanak-kanak didakwa didera di sebuah taska di daerah ini.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang pengasuh terbabit menarik salah seorang kanak yang sedang menangis di taska tersebut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menjalankan siasatan tersebut setelah
menerima laporan daripada ibu salah seorang kanak-kanak yang terdapat dalam pada pukul 7 malam kelmarin.

“Susulan itu, dua suspek berusia 26 dan 50 tahun telah ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN