Dua pekerja tapak binaan maut tertimbus - Utusan Malaysia

Dua pekerja tapak binaan maut tertimbus

Maut tertimbus
MAYAT mayat dua pekerja yang tertimbus selepas struktur tanah dan konkrit parit runtuh dekat Elmina Ridge, Seksyen U15 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua pekerja binaan maut akibat tertimbus lebih 30 minit selepas struktur tanah dan konkrit parit runtuh ketika kerja-kerja pembinaan infrastruktur itu dilakukan dekat tapak pembinaan Elmina Ridge, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 10.29 pagi tadi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong.

“Komander operasi di tempat kejadian melaporkan dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ berkedalamam kira-kira 0.3 meter semasa kerja pembinaan longkang.

“Kerja mengeluarkan mayat mangsa dilakukan. Mangsa pertama dibawa keluar pada pukul 11.12 dan kedua pula pada pukul 11.35 pagi tadi,” katanya kepada pemberita, hari ini. – UTUSAN

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya