Dua pekerja maut dikenal pasti warga Bangladesh - Utusan Malaysia

Dua pekerja maut dikenal pasti warga Bangladesh

Maut tertimbus
MAYAT mayat dua pekerja yang tertimbus selepas struktur tanah dan konkrit parit runtuh dekat Elmina Ridge, Seksyen U15 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua pekerja binaan maut akibat tertimbus lebih 30 minit selepas struktur tanah dan konkrit parit runtuh ketika kerja-kerja pembinaan infrastruktur itu dilakukan dekat tapak pembinaan Elmina Ridge, di sini, hari ini.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikenal pasti warganegara Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun sedang melakukan kerja pemasangan konkrit parit sebelum runtuhan berlaku pada struktur tanah di bahagian tepi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 10.29 pagi tadi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong.

“Komander operasi di tempat kejadian melaporkan dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ berkedalamam kira-kira 0.3 meter semasa kerja pembinaan longkang.

“Kerja mengeluarkan mayat mangsa dilakukan. Mangsa pertama dibawa keluar pada pukul 11.12 dan kedua pula pada pukul 11.35 pagi tadi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, memaklumkan kejadian disahkan berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi melibatkan tiga orang pekerja asing.

“Siasatan mendapat salah seorang tertimbus sebaik sahaja runtuhan berlaku, namun runtuhan tertimpa seorang lagi selepas struktur konkrit parit tersebut patah menyebabkan kedua-duanya tertimbus. Seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

“Akibat kejadian tersebut, kedua-dua pekerja berkenaan mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saipol Paizi Zainol di talian 012-5781435. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN