Dua lelaki mati selepas ditemukan mulut berbuih dalam kereta  - Utusan Malaysia

Dua lelaki mati selepas ditemukan mulut berbuih dalam kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua  lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta sebelum disahkan mati  di Jalan Persiaran 9, Taman Ampang Saujana, Ampang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata,  semasa ditemui  enjin kenderaan tersebut masih hidup dengan keempat-empat pintu dan cermin kereta tertutup rapat.

“Apabila pintu pemandu dan penumpang hadapan dibuka, didapati dua orang lelaki warga tempatan tidak sedarkan diri dengan  mulut berbuih berada dalam kereta itu.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua si mati tidak menemui  sebarang kecederaan,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal kedua-dua mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sebagai penarik kereta yang terlibat dalam kemalangan.

“Mayat kedua-dua mangsa  dibawa ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat dan setakat ini kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya