Dua jam Teresa tunggu SKMM ambil data telefon bimbit miliknya  - Utusan Malaysia

Dua jam Teresa tunggu SKMM ambil data telefon bimbit miliknya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan kontroversinya mengenai sijil halal.

Menurut sebuah portal berita, Teresa Kok mengesahkan beliau berada di agensi penguatkuasaan itu selama dua jam, selepas dipanggil  SKMM.

Naib Pengerusi DAP itu memaklumkan beliau bukan  memberi keterangan sebaliknya dipanggil oleh pegawai SKMM untuk mendapatkan data daripada telefon bimbit miliknya..

“Tiada apa (keterangan), saya sudah memberikan keterangan kepada polis semalam. Saya menunggu selama dua jam untuk mereka (pegawai MCMC) mengambil data daripada telefon saya,” kata ahli politik itu.

Semalam, polis  daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) mengambil keterangan Teresa untuk disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN