Dua ditahan edar dadah berperisa minuman di pusat hiburan

Dua ditahan edar dadah berperisa minuman di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan kegiatan sindiket dadah yang mencampurkan bahan terlarang itu dalam perisa minuman sebelum diedar di pusat hiburan di ibu negara.

Kegiatan itu terbongkar selepas dua individu termasuk seorang wanita berusia 31 dan 33 tahun diberkas kira-kira pukul 9.50 malam di hadapan sebuah perumahan di Jalan Ipoh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, serbuan pertama merampas lima peket disyaki mengandungi dadah jenis MDMA. 

“Soal siasat kemudian membawa serbuan di dua unit perumahan terbabit dan berjaya merampas 144 kotak, 558 peket serta empat plastik lut sinar berisi serbuk MDMA seberat kira-kira 48.7 kilogram (kg).

“Pemeriksaan juga menemukan dua peket plastik lut sinar disyaki ketamin seberat 103.75 gram serta 16 biji eramin 6,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua nilai dadah berjumlah RM59,542.

Beliau berkata, polis turut merampas dua komputer riba, enam telefon bimbit dan seutas jam tangan selain wang tunai RM1,543 hasil aktiviti pengedaran dadah.

Kata beliau, suspek dipercayai menyewa unit itu dengan bayaran RM1,600 sebulan dan aktif mengedar dadah di pusat hiburan sekitar Kepong sejak enam bulan lalu.

“Siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti ahli sindiket dan sumber dadah diperoleh. 

“Kedua-dua suspek yang positif dadah direman tujuh hari sehingga esok dan akan dibuat permohonan sambungan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya