Dr. Mahathir masih bebas bersuara, tidak disekat ke mana-mana acara - Fahmi

Dr. Mahathir masih bebas bersuara, tidak disekat ke mana-mana acara – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan hari ini tidak menghalang atau menyekat Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada ‘bersuara’ (mengeluarkan kenyataan) atau hadir ke mana-mana acara.

Itu jelas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagi menjawab dakwaan kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, sehingga ke hari ini, bekas Perdana Menteri itu masih boleh melakukan semua perkara tanpa sebarang sekatan dan halangan.

“Ala kesian Dr. Mahathir. Beliau masih boleh bersuara dan tidak ada sesiapa yang menghalangnya mengeluarkan kenyataan atau sesiapa menghalangnya untuk hadir ke mana-mana acara.

“Dia masih bebas bergerak, dia masih bebas hadir atau tidak dan dia masih bebas mengeluarkan kenyataan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, beliau mendapati, pentadbiran kerajaan sekarang jauh lebih baik berbanding zaman pentadbiran Dr. Mahathir sebelum ini.

Fahmi berkata, beliau masih ingat bahawa ketika itu, ada akhbar (syarikat media) ditutup dan orang yang berdemonstrasi dipukul, ditangkap, dipukul dan dipenjara.

“Jadi saya sampaikan pandangan dan bukanlah tempat saya untuk menasihat beliau. 

“Cuba lihat balik zaman pentadbiran kuku besi Dr. Mahathir dahulu. Pada ketika ini, 26 tahun dahulu,” katanya.

Katanya, ketika itu juga, seorang Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilucutkan jawatan, diheret ke mahkamah dan dipukul dalam tahanan.

Fahmi menjelaskan, semua itu berlaku pada zaman Dr. Mahathir dan tidak berlaku pada zaman pemerintahan sekarang.

Dr. Mahathir sebelum ini mendakwa  negara ini belum lagi ‘merdeka’ kerana rakyat masih dihalang untuk bercakap mengenai isu 3R (kaum, agama, raja).

Beliau berkongsi perkara itu ketika berucap pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu baru-baru ini yang turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya