PETALING JAYA: Spekulasi cerai membabitkan rumah tangga Hafiz Suip rancak dimainkan netizen di media sosial sebaik sahaja isteri penyanyi itu, Nureffy Jasreel Abdullah memuat naik rakaman di TikTok yang memaparkan dirinya memakai jubah hitam sambil memakai cermin mata hitam. Video berdurasi kurang 30 saat itu turut disertai permintaan Nureffy agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya. “Bismillah, doakan yang baik-baik, Amin Ya Rabb Allamin,” tulisnya ringkas. Perkongsian Nureffy itu memberi bayangan dia sedang melalui fasa menduga dalam hidupnya. Selain itu, tindakan Nureffy yang menggunakan lagu My Best dendangan Ernie Zakri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya