DJ Dave rancang konsert besar-besaran tahun depan - Utusan Malaysia

DJ Dave rancang konsert besar-besaran tahun depan

DATUK DJ Dave
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 70-an, Datuk DJ Dave, 77, merancang untuk mengumpul beberapa artis era tersebut untuk disatukan dalam konsert besar-besaran yang dirancang pada tahun hadapan.

Dave atau nama sebenarnya, Irwan Shah Abdullah berkata, projek berkenaan adalah inisiatif untuk bukan sahaja mengumpulkan penyanyi, malah peminat lagu-lagu era 70-an.

“Belum ada nama yang dipilih, namun saya fikirkan The Roaring 70’s sebagai nama konsert berkenaan.

“Projek ini masih dibincangkan, dan mungkin membabitkan sebuah organisasi besar.

“Apa pun, dalam perancangan saya mahu bawa konsert ini ke seluruh negara. Kita tidak hanya menampilkan artis 70-an, tetapi juga artis baru yang boleh menyanyikan lagu-lagu yang diterbitkan pada era tersebut,” katanya.

DJ Dave berkata demikian ketika ditemui selepas majlis kesyukuran filem Sheriff: Narko Integriti baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Ingin Bersua ini memaklumkan masih aktif menyanyi dan membuat persembahan meskipun jarang membuat kemunculan di radio atau kaca televisyen.

“Saya belum berkesempatan untuk rakam lagi baharu, tapi saya masih aktif membuat persembahan dan baru selesai menghiburkan di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

“Saya bersyukur kerana pada usia 77 tahun saya masih mampu untuk menyanyi. Ini mungkin disebabkan saya aktif bersukan dan menjaga kesihatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya