Dikecam hebat, suami tetap sokong perjuangan Uyaina Arshad  - Utusan Malaysia

Dikecam hebat, suami tetap sokong perjuangan Uyaina Arshad 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suami kepada pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad iaitu Raja Syahiran, tidak membantah tindakan isteri menyuarakan isu membabitkan eksploitasi kanak-kanak di media sosial. 

Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, suami tidak pernah menghalangnya memberikan pendapat walaupun tahu beberapa video dan kenyataan yang dikeluarkan membuat segelintir pihak berasa kurang senang.

“Apa-apa isu jika saya cakap, mesti ia akan jadi besar. Ada satu malam saya pegang tangan Syahiran dan tanya adakah dia tahu apa yang sedang terjadi di media sosial membabitkan saya?

“Dia tahu dan yakinkan apa yang saya cakap adalah perkara yang betul. Suami saya seorang yang berterus terang, jika dia tahu saya salah, awal-awal lagi dia sudah tegur,” katanya. 

Uyaina mengulas mengenai reaksi suami melihat beberapa video yang dimuat naik mengundang kecaman hebat di media sosial. 

Tegas ibu kepada dua orang anak itu lagi, dia berasa bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini tanpa berniat melakukan serangan peribadi kepada pelaku. 

“Dalam setiap kapsyen yang ditulis pun saya minta agar masyarakat tengok tindakan yang dilakukan sehingga menyebabkan pelaku disabitkan di mahkamah. Saya tidak lakukan serangan peribadi.

“Kalau kita semua diam, perkara itu akan jadi normal dalam masyarakat.

“Berkenaan komen melampau yang saya terima, saya anggap sahaja tidak semua orang mendapat ruang untuk ada pendidikan. Mungkin juga mereka dibesarkan dalam keluarga kurang harmoni membuatkan mereka mempunyai pendirian seperti itu.

“Tapi, tidak semestinya jika sesuatu perkara itu ramai yang buat dan lakukan, ia adalah sesuatu yang betul,” jelasnya. 

Terdahulu, Uyaina memaklumkan tidak menerima sebarang surat tuntutan daripada pihak peguam Abang Bas dan enggan meminta maaf.

Sebelum ini pada Selasa, Abang Bas dibebaskan setelah membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar.

Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata pihak keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang menimbulkan syak wasangka sepanjang lelaki itu ditahan polis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya