Didakwa semakin kurus, warganet risau kesihatan Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Didakwa semakin kurus, warganet risau kesihatan Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecantikan pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian selepas berkongsi foto ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan bersama suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz.

Fasha yang memuat naik hantaran gambar di Instagram itu turut kelihatan manis apabila mengenakan tudung dan baju kurung berwarna merah jambu.

Namun, penampilan itu juga mengundang kritikan dalam kalangan warganet kerana pelakon itu dikatakan semakin kurus.

Bahkan, ada segelintir netizen meluahkan kerisauan terhadap tahap kesihatan Fasha yang didakwa semakin kurus.

“Fasha janganlah terlalu kurus nampak macam sakit sahaja. Gemuk sikit lagi cantik. Ini pandangan ikhlas dari saya,” komen seorang peminatnya.

“Baju itu macam peliklah. Bahu terangkat begitu, kak Fasha pun kurus sangat. Jadi nampak pelik. suka masa kak Fasha zaman Natasha. Itu memang tiptop semuanya,” komen seorang lagi pengikutnya.

“Kalau berisi sikit lagi nampak hot. Jangan kurus sangat nampak tak sihat,” komen seorang netizen.

“Rasanya berisi sikit lagi cantik. Nampak macam dah kurang zat pula,” kata seorang peminatnya.

Meskipun menerima kritikan dan teguran, ada juga sesetengah pihak yang memuji kecantikannya yang dianggap lebih sopan ketika bertudung. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya