Diana Danielle nafi buat laporan polis terhadap Abang Bas - Utusan Malaysia

Diana Danielle nafi buat laporan polis terhadap Abang Bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengaitkan dirinya dengan penahanan individu bernama Abang Bas.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, menafikan ada membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemandu bas yang memuat naik video penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

“Minggu lepas saya sudah keluarkan kenyataan rasmi, bukan saya yang buat laporan terhadap sesiapa.

“Laporan dan tindakan dibuat oleh Kementerian Wanita dan Keluarga sendiri. Kes ini melibatkan Kerajaan Malaysia (melawan) defendan. Saya cabar anda untuk buktikan jika saya yang buat laporan.

“Dedahkan jika nama saya ada tertera di mana-mana laporan,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang anak itu juga menasihati warganet agar membuat kajian melalui sumber yang sahih sebelum menghentamnya secara melulu.

“Mahu maki sekali pun, carilah fakta yang betul.

“Nak suruh membaca itu itulah payah sikit sebab budaya kita lebih suka baca portal yang tidak sahih dan berita palsu di aplikasi Whatsapp.

“Lawak tengok anda semua kutip sumber dari berita palsu di Facebook, macam mana ini?” katanya lagi.

Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Diana berpuas hati apabila pihak Polis telah melakukan tindakan terhadap pemandu bas yang merakam video pelajar.

Diana turut berkongsi tangkap layar kenyataan akhbar daripada Polis Johor.

Terdahulu pada Selasa, Abang Bas dibebaskan setelah membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar.

Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata pihak keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang menimbulkan syak wasangka sepanjang lelaki itu ditahan polis. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya