Dia tidak pernah songlap duit - Andi Bernadee enggan tukar pengurus - Utusan Malaysia

Dia tidak pernah songlap duit – Andi Bernadee enggan tukar pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, tidak berhajat menukar pengurus selepas lapan tahun bersama. 

Andi atau Andi Azrul Andi Mapangil, 33, berkata, sikap saling percaya dan tidak mencampuri urusan peribadi menjadi kunci utama dia dan pengurus, Nasir, selesa bekerjasama. 

“Walaupun syarikat rakaman bertukar, tapi pihak pengurusan masih sama. Selama lapan tahun ini, saya dan pengurus tidak pernah ada masalah. 

“Setakat ini saya tidak pernah berhadapan situasi hilang duit atau kes khianat. Kami telus dan itu menjadi penguat untuk kami mempercayai antara satu sama lain. 

“Selain itu, dia tidak mencampuri urusan peribadi saya. Kami ada sahaja berkongsi masalah, tapi hanya setakat di permukaan, tidak pergi terlalu dalam memikirkan masalah tersebut. 

“Lagi pula kami sama-sama lelaki dan sekepala, jadi semuanya lebih mudah,” jelasnya.

Andi berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden artis mempunyai hubungan dingin dengan bekas pengurus dan pembantu peribadi sehingga mencalarkan imej mereka.

Bukan itu sahaja, penyanyi Satu Peluang itu juga tidak menafikan sangat penting bagi seseorang artis memilih pengurus yang tepat kerana akan menentukan jatuh dan naiknya kerjaya seni mereka. 

“Kekuatan seorang artis adalah pengurus, dia adalah kepalanya. Saya memang merancang banyak perkara, tapi apabila ada pengurus, kita ada dua kepala yang boleh bersama-sama buat keputusan. 

“Contohnya keputusan untuk pindah label adalah nasihat daripada pengurus, cuma keputusan akhir tetap di tangan saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini. 

Dalam perkembangan lain, Andi dalam proses untuk menghasilkan sebuah album bersama Universal Music Malaysia (UMM) yang dijangka menemui pendengar tahun hadapan. 

“Semuanya masih dalam perancangan, tapi tahun depan saya akan terbitkan album baru. Saya masih akan kekal dengan genre ‘Reggaeton’ tapi mungkin akan campur dengan elemen ‘Afrobeat’ iaitu muzik daripada Afrika.

“Lagipula saya sudah tujuh tahun dalam bidang ini namun masih tiada showcase. Kalau album sudah siap, insyaAllah saya akan datang dengan sebuah persembahan mini. 

“Di fasa ini saya mahu buka lembaran baru dan mahu kembalikan fokus dalam bidang nyanyian,” tambahnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya