PETALING JAYA: Kos percutian yang lebih murah mendorong lokasi-lokasi menarik di Thailand menjadi `sasaran’ rakyat Malaysia walaupun terpaksa berasak-asak di pintu sempadan untuk memasuki negara berkenaan. Felo Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Shazida Jan Mohd. Khan berkata, rata-rata produk pelancongan termasuk hotel, lokasi peranginan sehingga menu makanan yang ditawarkan di Thailand berada dalam kategori `mampu bayar’ oleh pelancong Malaysia. “Malah peniaga dan pihak berkuasa negara gajah putih itu pandai mengambil kesempatan dengan menambah baik setiap produk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya