Dera kanak-kanak, dua pengasuh taska ditahan - Utusan Malaysia

Dera kanak-kanak, dua pengasuh taska ditahan

TANGKAP layar daripada video menunjukkan seorang pengasuh menarik seorang kanak-kanak yang sedang menangis di sebuah taska di daerah ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial mengenai insiden kanak-kanak didakwa didera di sebuah taska di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menjalankan siasatan tersebut setelah
menerima laporan daripada ibu salah seorang kanak-kanak yang terdapat dalam pada pukul 7 malam semalam.

“Kedua-dua pengasuh terlibat yang berumur 26 dan 50 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut

“Bagaimanapun, polis masih tidak dapat memastikan masa dan hari kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang pengasuh terbabit menarik salah seorang kanak yang sedang menangis di taska tersebut.

Abdul Rozak memberitahu, Jelas beliau kes tersebut disiasat di bawah seksyen 31(1) akta kanak-kanak 2001.

“Kita menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar sehingga mengganggu siasatan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN