Zara Zya berdepan gangguan mistik, dedah bertukar menjadi ular jadian - Utusan Malaysia

Zara Zya berdepan gangguan mistik, dedah bertukar menjadi ular jadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zara Zya berkongsi detik pahit berpewatakan seperti ular gara-gara gangguan mistik yang dialaminya.

Menurut Zara, dia juga pernah beberapa kali bermimpi perkara aneh seperti air deras dan haiwan berbisa seperti ular sebelum mengalami gangguan.

“Sebelum saya tahu saya sakit, saya sudah mula mimpikan perkara-perkara itu. Air yang deras memberi maksud kita dalam kepayahan sama ada lemas atau tidak.

“Tetapi Alhamdulillah, setiap mimpi itu saya selamat. Binatang berbisa yang saya mimpikan adalah ular,” kata Zara menerusi sebuah podcast bersama usahawan, Datuk Alha Alfa yang tular di TikTok.

Zara yang mengakui perkara itu masih jelas bermain diingatannya bagaimanapun tidak mendedahkan bila kejadian tersebut berlaku.

Tambah Zara, dia pernah berperwatakan seperti ular selepas bermimpi dia memakan haiwan tersebut.

Katanya, dia tidak sedarkan diri setiap kali gangguan itu berlaku.

“Satu malam itu itu saya mimpi ular sawa warna kuning dan benda yang saya makan itu adalah ular dan saya bangun pun menjadi ular. Saya tidak boleh berdiri, lembik, merengkok dan buat bunyi ular

“Kawan saya dan Datuk Alha laungkan azan di setiap penjuru rumah. Dalam keadaan saya begitu, kawan saya masak tapi saya bukan makan macam manusia normal tapi macam binatang itu. Kucing saya lalu, saya nak makan,” jelasnya.

Sementara itu, Alha juga sempat mendedahkan dia pernah menjadi saksi ketika pelakon drama bersiri Hati Tercarik Luka itu diganggu dan cuba membaham kucing peliharaannya sendiri.

“Saya pernah menghadap dia waktu dia kena gangguan tersebut. Ketika itu dia nak makan kucingnya. Dia tak sedar pun,” katanya ringkas.

Difahamkan, pelakon itu berdepan gangguan itu selama setahun dan sehingga kini dia tidak tahu puncanya meskipun sudah dirawat.

“Benda itu mengganggu. Sampai satu itu saya pergi mendaoatkan rawatan dan orang itu kata benda itu sudah keluar tapi sebenarnya masih ada.

“Benda itu berpanjangan dalam setahun. Sampaikan nak tengok binatang itu pun saya tak boleh. Kalau saya tengok binatang itu saya akan terus jerit dan tak sedarkan diri. Sampai sekarang saya tidak tahu dari mana? Kenapa?,” kata Zara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN