DBP perlu diberi kuasa, martabat bahasa kebangsaan

DBP perlu diberi kuasa, martabat bahasa kebangsaan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob, merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa dalam penguatkuasaan undang-undang bagi memperkasa  bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan itu penting supaya tidak berlaku pertindihan dengan pihak lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang terpaksa mengadakan pelbagai program dan kempen bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Pihak kerajaan perlu memperkasa bahasa Melayu melalui urusan-urusan rasmi kerajaan terutama ketika mengadakan lawatan kerja ke luar negara,” katanya pada Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ketiga di sini, hari ini. 

Turut hadir, Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) Cawangan Pahang, Dr. Kamarazaman Yacob. 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kesedaran memartabatkan bahasa harus diwujudkan di semua peringkat. 

“Saya menyeru kepada kerajaan supaya mengambil langkah untuk menyatukan versi-versi bahasa Melayu yang ada. 

“Antaranya, bahasa Melayu Indonesia, bahasa Melayu Brunei, bahasa Melayu Singapura dan bahasa Melayu Thailand sebagai bahasa kedua ASEAN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN