DBKL gempur penjaja asing sekitar Jalan Haji Taib

DBKL gempur penjaja asing sekitar Jalan Haji Taib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur penjaja warga asing tanpa lesen di sekitar Jalan Haji Taib.

Menurut DBKL, tindakan itu diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Pejabat Cawangan Bukit Bintang, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, sebanyak 12 kes sitaan dan pindah halangan serta tiga notis kompaun dikeluarkan menerusi peruntukan di bawah UUK 3(1) Undang Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dari DBKL.

“Antara barangan yang disita adalah pakaian, stall beroda, rak penyidai baju, payung dan lain-lain peralatan.

“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

“Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” menurut hantaran di Facebook, malam tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN