Dari TikTok ke layar perak - Utusan Malaysia

Dari TikTok ke layar perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA dengan berjinak-jinak menjadi pengacara siaran langsung TikTok sejak lima tahun lalu, gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah Julia Larica kini mula melangkah dalam industri hiburan. 

Walaupun tidak mempunyai pengalaman berlakon, Julia ditawarkan berlakon dalam sebuah  filem arahan Areel Abu Bakar bertajuk Pungut yang memerlukan seorang pelakon yang fasih dengan loghat Kedah. 

Memegang watak sebagai Seha, Julia mengakui sangat mencabar untuk berlakon di pusat pelupusan sampah. 

Jelas anak bongsu daripada lima beradik itu, dia sempat mengalami sakit kepala dan muntah-muntah kerana tidak tahan dengan bau busuk daripada pusat pelupusan sampah itu. 

“Saya memang tiada langsung pengalaman berlakon. Tidak menjalani sebarang ujibakat. Mungkin sebagai pengarah dia nampak potensi saya sebagai pelakon. 

“Saya bersyukur kerana sepanjang penggambaran, kami semua sudah seperti satu keluarga. Pelakon berpengalaman tidak kekok berkongsi ilmu dan membantu saya. 

“Selepas daripada itu, memang saya ada dapat beberapa tawaran berlakon seperti drama Mok Cun Mai Singgah dan Perhimpunan Hantu Sedunia yang akan datang tahun ini,” katanya. 

Menurut Julia, kerjayanya yang semakin berkembang membuatkannya berpindah ke Kuala Lumpur demi memudahkan pergerakan. 

“Memang saya ingin berlakon sepenuh masa selepas ini. Jadi, sebelum ini saya pernah menyertai kelas lakonan dengan Raja Azri,” jelasnya. 

Tidak hanya itu, dengan jumlah pengikut melebihi 200,000 di akaun TikTok, Julia pernah ditawarkan merakamkan single pertamanya bertajuk Gelisah. 

“Sebelum ini memang saya selalu muat naik bernyanyi di akaun TikTok. Banyak lagu saduran yang saya kongsikan. Kemudian ada beberapa pihak yang mahu rakamkan lagu untuk saya. 

“Saya agak berhati-hati kerana takut diperdaya. Tetapi bila sudah kenal dengan komposer, Elizad Aziz akhirnya saya teruskan. Lagu itu sebenarnya lagu duet. Jadi, saya bernyanyi dengan suami, Irshadi Nor,” jelasnya. 

Lagu tersebut baru sahaja diterbitkan awal tahun ini dan mendapat lebih daripada 10,000 tontonan di YouTube. 

Filem Pungut mengisahkan tentang Salleh yang tinggal di sebuah perkampungan setinggan berhampiran dengan sebuah kawasan pelupusan sampah. 

Di kampung yang kotor, Salleh tenang menjalani kehidupan walaupun ada beberapa penduduk asal di situ yang melakukan aktiviti tidak bermoral seperti judi, mabuk dan pemerasan. 

Turut sama menjayakan naskhah itu ialah Ruzaidi Abdul Rahman, Aman Graseka dan Fad Anuar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya