Dakwaan polis lindungi GISBH bersifat jahat, fitnah - KPN

Dakwaan polis lindungi GISBH bersifat jahat, fitnah – KPN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan polis  terlibat melindungi kegiatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) seperti yang tular di media sosial tidak benar dan berniat jahat.

Ketua Polis Negara berkata, dakwaan itu merupakan fitnah terhadap pasukan polis dan agensi itu kini memantau semua media sosial untuk mengumpul maklumat mengenai operasi GISBH.

“Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISBH tidak benar,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok yang menamakan beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  melindungi GISBH dengan menerima duit daripada syarikat itu untuk kegunaan peribadi.

Susulan itu, Razarudin berkata, polis kini  memantau media sosial berhubung sebarang kenyataan yang dikeluarkan individu termasuk ahli, saksi atau pihak berkaitan bagi siasatan GISBH.

Kata beliau, satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diberi peranan untuk memantau  media sosial.

“Ini berikutan dikesan terdapat pihak berkaitan GISBH, individu, bekas ahli dan lain-lain yang membuat kenyataan mahu pun pendedahan di media sosial.

“Sebarang pendedahan dan maklumat, kita (polis) minta mereka ini tampil salurkan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, kata Razarudin, proses dokumentasi terhadap 186 orang mangsa membabitkan 102 lelaki dan 84 wanita yang diselamatkan kelmarin masih berjalan.

“Siasatan masih dilakukan susulan operasi besar-besaran Op Global yang dilakukan di seluruh Semenanjung Malaysia kelmarin.

“Kita fokus perkara ini yang diselamatkan dahulu, sebelum ke fasa seterusnya,” ujarnya.

Media semalam melaporkan seramai 155 individu termasuk 77 wanita yang disyaki terlibat dengan GISBH ditahan.

Kesemua individu itu ditahan dalam serbuan di 82 premis melibatkan rumah amal, klinik premis perniagaan, maahad dan rumah persendirian.

Dalam operasi itu, seramai 186 orang mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita telah  diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak seperti yang tular di media sosial sedang dirotan oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH.

Op Global yang memasuki fasa keempat di seluruh Semenanjung Malaysia semalam menemukan beberapa risalah mengandungi elemen dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan migran 2007.

Pada 11 September lalu, Op Global dijalankan dengan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan membawa doktrin melampau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya