`Dakwaan Bloomberg siasatan ke atas Daim, Tun M diarah individu tertentu perlu siasat’

`Dakwaan Bloomberg siasatan ke atas Daim, Tun M diarah individu tertentu perlu siasat’

TUN Dr. Mahathir Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendedahan media antarabangsa, Bloomberg yang mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilakukan atas arahan individu tertentu perlu disiasat polis.

Susulan itu, isteri kepada Daim, Toh Puan Na’imah Khalid berkata, satu laporan polis telah dibuat olehnya hari ini bagi mewakili suaminya.

Beliau berkata, laporan media berkenaan mendakwa SPRM diarahkan untuk menyiasat Dr Mahathir serta anak-anak kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Pendedahan Bloomberg minggu lalu mengenai penyalahgunaan kuasa, konspirasi, dan usaha menutup kesalahan dalam kalangan pegawai tertinggi kerajaan adalah satu lagi titik perubahan yang serupa. Ia perlu disiasat.

“Dengan dendam politik yang tidak berkesudahan terhadap Daim, kami menuntut keadilan dan mahu siasatan dibuat,” katanya di sini.

Na’imah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 11 pagi tadi dengan ditemani peguam, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetaj Singh Sohanpal.

Sebelum ini, SPRM dan Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan ada arahan dikeluarkan di peringkat tertinggi kerajaan untuk menjalankan siasatan ke atas Daim dan Tun Dr Mahathir.

SRPM menegaskan semua tindakan penguatkuasaan diambil tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, Rajesh berkata, pihaknya berharap agar siasatan dilakukan secara adil dan bebas.

Awal tahun ini, Daim dibicarakan atas tuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mematuhi syarat notis pengisytiharan aset.

Na’imah juga dituduh dengan peruntukan sama, gagal mengisytihar pemilikan pelbagai syarikat, beberapa bidang tanah dan dua kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN