‘Dakwaaan polis gagal siasat 14 laporan pelakon wanita adalah tidak bertanggungjawab’

‘Dakwaaan polis gagal siasat 14 laporan pelakon wanita adalah tidak bertanggungjawab’

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan seorang pelakon wanita kononnya polis gagal menyiasat 14 laporan dibuatnya sejak dua tahun lalu adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua laporan terbabit disiasat sewajarnya oleh polis melalui dua kertas siasatan yang dibuka masing-masing mengikut Seksyen 409 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kata beliau, berdasarkan semakan, 14 laporan polis dibuat oleh adik kepada pelakon wanita berkenaan iaitu Shakib Abu Bakar Banafee dan empat penama lain yang berkaitan.

“Siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan sudah selesai dan kes diputuskan tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu.

“Ini selepas mereka mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes itu.

“Selepas itu, siasatan kes ini dirujuk dan disemak semula oleh pihak peguam cara negara pada Ogos lalu dan keputusan NFA dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini satu video di TikTok dimuat naik pelakon berkenaan menyatakan JSJK gagal membuat siasatan.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pegawai penyiasat juga sudah mengemukakan pemberitahuan kepada pengadu dalam kes ini mengenai keputusan siasatan.

Jelas beliau, bagi kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan masih dijalankan.

“PDRM memberi jaminan siasatan yang adil dan telus akan dilaksanakan bagi memastikan prinsip undang-undang dan keadilan sentiasa dipelihara.

“Ingin ditegaskan, semua laporan polis yang diterima akan disiasat sewajarnya tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan merangkumi keterangan serta bukti daripada pihak berkaitan termasuklah pengadu dan suspek.

“Adalah tidak wajar untuk melemparkan tuduhan negatif kepada polis hanya disebabkan dapatan siasatan tidak berpihak kepada pengadu.

“Justeru, dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun tiktok @bettybanafee bahawa pihak polis tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan adalah tidak benar sama sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN