PETALING JAYA: Aliran trafik menghala ke Pantai Timur sesak berikut pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah penggal kedua yang bermula hari ini.
Menurut laman X Lebuhraya Pantai Timur (LPT), trafik sesak dari Kuala Lumpur itu melibatkan beberapa kawasan.
“Antaranya sebelum Plaza Tol Gombak; 4.1 kilometer (km) dari Plaza Tol Gombak-KM23.9 (Gombak); 5.1km dari KM 25.0-KM 30.1 (Gombak ke Genting Sempah).
“Selain itu 12.8KM dari KM 31.5-KM44.3 (Genting Sempah ke Bukit Tingi); 2.2km dari KM 77.6 – KM 79.8 (Karak),” menurut laman itu setakat pukul 1.51 petang.
Dalam pada itu, @plustrafik memaklumkan, trafik perlahan arah utara dari Sungkai ke Bidor, setakat pukul 2.21 petang berikutan aliran trafik tinggi.
Selain itu, aliran trafik arah utara dari Tapah ke Gopeng dilaporkan perlahan berikutan terdapat kenderaan rosak.
“Awas! 4WD (kenderaan pacuan empat roda) rosak Km 305.1 arah Utara dari Tapah ke Gopeng. Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum,” kata laman itu. – UTUSAN