Cuaca buruk dijangka landa utara Semenanjung, barat Sabah mulai esok

Cuaca buruk dijangka landa utara Semenanjung, barat Sabah mulai esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negeri di utara Semenanjung dan barat Sabah diramal dilanda hujan lebat beserta ribut petir dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang bermula esok sehingga 18 September ini.

Pada masa sama, kawasan perairan di Laut China Selatan dan utara Selat Melaka juga akan dilanda angin kencang serta laut bergelora dalam tempoh sama.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, ramalan dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca yang mendapati potesi berlakunya penumpuan angin di utara Semenanjung dan barat Sabah pada tempoh tersebut.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa pada 13 hingga 18 September,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Hisham berkata, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

Terdahulu, MET Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama membabitkan perairan negara dalam lingkungan 25 batu nautika iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Sabah barat dan Labuan yang dijangka mengalami angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

Keadaan itu berpotensi mengakibatkan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil, aktiviti laut dan sukan laut.

Bagi sektor perkapalan, jabatan itu mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua membabitkan perairan utara Reef North dan Palawan yang membawa angin berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter.

Keadaan itu sangat berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Bagi sektor sama, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dikeluarkan membabitkan perairan Phuket, Selat Melaka utara, Condore, selatan Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Sulu.

Semua keadaan itu dijangka melanda kawasan-kawasan yang dikenalpasti mulai esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya