Che Melah pernah jahit lebih 100 pasang telekung sebulan

Che Melah pernah jahit lebih 100 pasang telekung sebulan

CHE Melah Hassan menunjukkan sebahagian koleksi telekung yang dijahitnya di Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas masih gigih menghasilkan telekung pelbagai saiz bagi mengisi masa lapang sekali gus membuatkan kemahiran jahitan dimilikinya tidak hilang begitu sahaja.

Che Melah Hassan, 73, dari Felda Bukit Bading, Ajil, ber­kata, dia berkecimpung dalam bidang pembuatan telekung hampir 20 tahun lalu dan pernah menerima ratusan pasang tempahan sebulan.

Menurut nenek kepada 16 cucu itu, kekangan tenaga ekoran peningkatan usia menyebabkan keutamaannya menghasilkan telekung kini sekadar hobi kerana masih cinta serta sayangkan dunia jahitan.

“Peringkat awalnya, saya cuma jahit telekung bagi keguna­an sendiri dan ahli keluarga. Apabila digunakan di masjid ada yang berkenan lalu me­nempahnya sehinggalah ia makin berkembang.

“Tempahan meningkat menjelang musim haji dan hari raya sehinggakan pernah me­nerima lebih 100 pasang dalam tempoh sebulan. Selain individu, ada juga peniaga dan pemborong yang membuat tempahan.

“Memandangkan tenaga tidak lagi seperti dulu, sekarang ini lebih sekadar isi masa terluang, sambil-sambil uruskan suami, Wan Ahmad Wan Yaacob, 76, yang hidap gout,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Che Melah, koleksi telekung dewasa dan kanak-kanak yang dijahitnya masih dijual kepada yang berminat antara harga RM45 hingga RM60 bergantung kepada saiz selain masih menerima tempahan dalam kuantiti terhad.

Katanya, dia hanya berope­rasi di rumah dan menggunakan pendekatan jualan pemasaran konvensional sejak dulu.

“Majoriti penggemar hasil jahitan saya adalah pelanggan yang setia sejak sekian lama.

“Selagi masih ada kudrat, saya tetap menjahit kerana amat meminatinya sehingga sanggup belajar sendiri menggunakan mesin jahit yang dibeli secara ansuran setelah habis persekolahan dulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya