CEO GISBH tiba di mahkamah untuk sambung reman

CEO GISBH tiba di mahkamah untuk sambung reman

Reman GISBH
NASIRUDDIN Mohd Ali tiba bersama sembilan individu lain di pekarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi permohonan sambung reman, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali tiba di Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan sambung reman.

Dia dilihat memakai jubah putih dan berkopiah tiba bersama sembilan individu terdiri tujuh lelaki dan dua wanita di pekarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira pukul 9.25 pagi tadi dikawal ketat pasukan polis lengkap bersenjata.

Terdahulu, Nasiruddin bersama isteri dan 19 individu lain direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian termasuk pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 65 tahun. Tangkan itu terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita.

Mereka kemudiannya dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN