Cemas dikaitkan jenayah, penolong pengurus rugi RM30,000

Cemas dikaitkan jenayah, penolong pengurus rugi RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang penolong pengurus sebuah syarikat swasta berputih mata selepas kerugian RM30,000 apabila terperdaya dengan individu menyamar sebagai wakil dari Kementerian Komunikasi di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 44 tahun itu  menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku wakil kementerian bernama Norazlan pada pagi 27 Ogos lalu.

Menerusi panggilan itu, lelaki berkenaan memaklumkan nombor telefon mangsa telah disekat kerana terlibat dengan beberapa kes jenayah.

“Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan ke nombor 999 dan dijawab oleh seorang wanita yang mengaku sebagai Sarjan Ain dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan. 

“Selepas panggilan berkenaan, mangsa juga menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Mangsa dikatakan kononnya telah terbabit dalam kes jenayah penggubahan wang haram dan dadah bersama seorang lelaki dan juga terlibat menjual kad mesin juruwang automatik (ATM) kepada lelaki tersebut berjumlah RM20,000 serta menerima komisen bulanan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujar Chang Hock lagi, pada petang hari sama, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada individu menyamar sebagai pegawai polis yang memberi jaminan dapat menyelesaikan kes tersebut.

Malah menurutnya, mangsa juga diperdaya untuk memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM) dan diminta untuk mengisikan maklumat yang diperlukan dan kes tersebut akan disiasat oleh juruaudit daripada BNM melalui pautan yang diberikan.

“Mangsa yang percaya telah mengisi butiran peribadi serta butiran akaun termasuk nombor pin di dalam pautan yang diberi oleh pemanggil tersebut.

“Mangsa kemudiannya berasa curiga lalu membuat semakan ke atas salah satu akaunnya dan mendapati duit sebanyak RM30,000 telah dipindahkan ke dalam akaun yang tidak dikenali. Mangsa kemudian telah pun membuat laporan polis,” katanya lagi.

Menurut Chang Hook  kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati serta tidak mengisi sebarang pautan yang dikirimkan individu tidak dikenali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya