Tular video kanak-kanak menghuni rumah amal ditindih, dirotan penjaga

Tular video kanak-kanak menghuni rumah amal ditindih, dirotan penjaga

DUA video tular menunjukkan penderaan dialami kanak-kanak yanh menghuni rumah kebajikan dipercayai mempunyai kaitan dengan GISBH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua video tular menunjukkan penderaan dialami seorang kanak-kanak dipercayai menghuni salah sebuah rumah kebajikan yang dikaitkan dengan syarikat Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Dalam video satu minit sembilan saat menunjukkan bagaimana salah seorang kanak-kanak sedang menahan kesakitan sambil menangis akibat ditindih dengan lutut.

Seorang lelaki pula dipercayai penjaga dilihat bertanya punca kanak-kanak itu menangis selain turut menutup hidungnya.

“Kenapa menangis, nak mati ke?,” katanya.

Difahamkan banyak lagi penderaan sedemikian berlaku di rumah kebajikan yang dikaitkan dengan GISBH.

Selain itu, satu lagi video menunjukkan beberapa kanak-kanak dirotan beberapa kali oleh seorang lelaki.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dirotan lebih daripada 10 kali sambil masing-masing menahan kesakitan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan berhubung video terbabit dan akan melakukan siasatan lanjut.

“Kita akan buat laporan dan kesan maklumat daripada kanak-kanak diselamatkan,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan polis menemukan elemen pengabaian dan penganiayaan melibatkan kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan syarikat GISB di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Razarudin dilaporkan berkata, seramai 384 kanak-kanak yang diselamatkan dalam serbuan tersebut sudah selesai menjalani saringan kesihatan.

Katanya, hasil saringan tersebut mendapati terdapat ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan.

“Polis juga sudah merakam percakapan seramai 483 orang sehingga semalam membabitkan pengadu, saksi, mangsa dan juga suspek.

“Berkaitan kes liwat ia masih dalam siasatan dan akan diperjelaskan kemudian,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN