Cadangan syarikat perladangan pulang 20 peratus tanah pajakan hanya selepas persetujuan kerajaan negeri

Cadangan syarikat perladangan pulang 20 peratus tanah pajakan hanya selepas persetujuan kerajaan negeri

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cadangan supaya syarikat perladangan di negara ini untuk memulangkan 20 peratus tanah bagi pembangunan manfaat rakyat perlu mendapat pandangan daripada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu masih di peringkat penelitian Kerajaan Persekutuan hanya selepas mendapat persetujuan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu hanya melibatkan tanah perladangan, iaitu tidak termasuk tanah industri atau pekebun.

“(Cadangan ini) tidak termasuk plot (tanah) industri, tak termasuk plot (tanah) pekebun. Ia adalah cadangan, namun cadangan ini masih dalam penelitian,” katanya menerusi akhbar selepas Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mencadangkan langkah itu mengambil kira keuntungan tinggi yang dilaba syarikat perladangan sejak berpuluh tahun lalu dan harus bersedia berkongsi kekayaan dengan penduduk setempat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di lokasi mereka beroperasi.

Beliau berkata, syarikat-syarikat tersebut memperoleh laba yang besar ketika penjajahan Inggeris apabila diberi pajakan selama 99 tahun untuk mengusahakan tanah di kawasan luar bandar.

“Jadi, kita minta 20 peratus tanah yang dimiliki itu diberikan kepada rakyat menerusi projek CSR apabila pajakan selama 99 tahun itu tamat (dan mereka mahu menyambung semula pajakan).

“Tanah kerajaan sudah tidak banyak untuk melakukan projek pembangunan, yang banyak sekarang ialah tanah milik estet (syarikat perladangan). Orang kampung jangan hanya dipaksa melihat keuntungan estet (dari kampung mereka) dibawa keluar, tetapi (penduduk) dapat juga merasa hasilnya,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya