Bursa Malaysia kembali positif hari ini

Bursa Malaysia kembali positif hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini susulan laporan inflasi negara mereda kepada 1.9 peratus oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.30 mata kepada 1,666.60 daripada 1,665.30 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi pada 1,667.25.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 161 berbanding 104, dengan 250 kaunter tidak berubah, 1,990 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 89.83 juta saham bernilai RM54.31 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. dalam nota penyelidikannya berkata, dengan momentum positif di Wall Street, firma menjangkakan sokongan belian akan melimpah ke pasaran tempatan, terutamanya dalam sektor teknologi terlebih jual dan saham bermodal kecil.

“Sektor pembinaan, bahan binaan dan hartanah juga mungkin melihat pergerakan positif, didorong oleh perkembangan potensi sekitar kebangkitan semula Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Ini berikutan kepulangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim daripada lawatan China selama empat hari.

“Selain itu, ringgit yang kukuh seharusnya memanfaatkan saham pengguna, utiliti, kewangan dan automotif,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya