Bunga merah jambu hadiah Fattah Amin buat Fazura - “Terima kasih daddy Fatima” - Utusan Malaysia

Bunga merah jambu hadiah Fattah Amin buat Fazura – “Terima kasih daddy Fatima”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Fazura menerima jambangan bunga daripada suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin sempena hari lahirnya, pada hari ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fazura di Instagram Story yang turut memuat naik gambar jambangan bunga yang berwarna merah jambu beserta kad ucapan.

“Terima kasih daddy Fatima,” katanya ringkas.

Dalam perkongsian tersebut, Fazura turut mendedahkan perincian kandungan kad ucapan daripada Fattah yang mendoakan kebahagiaan isterinya itu.

“Mommy, selamat hari lahir mommy. Daddy doakan di hari kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” tulis Fattah.

Sebelum ini, netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat langkah Fattah mengambil hati Fazura semula pada ulang tahun kelahiran pelakon wanita itu.

Malah, ramai yang menganggap itu peluang terbaik untuk pelakon lelaki itu menyelamatkan rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak tujuh tahun yang lalu.

Terdahulu, Fattah dilaporkan tidak bersetuju untuk bercerai dengan Fazura ketika menjalani proses perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Rabu lalu.

Namun, aktres wanita itu memaklumkan dirinya nekad untuk meneruskan perceraian tersebut demi mempertahankan maruahnya sebagai wanita dan kesejahteraan anak mereka, Nur Fatima Aisya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Fazura yang sebelum ini memfailkan perceraian terhadap Fattah pada 13 September lalu di mahkamah sama bagaimanapun, tidak mendedahkan punca sebenar mahu berpisah.

Untuk info, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Fatima. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN