Bot nelayan tempatan guna kru warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan tempatan guna kru warga asing ditahan

SEBUAH bot nelayan tempatan disyaki menggunakan warga asing tanpa dokumen ditahan di perairan Kemaman, Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai menggunakan empat awak-awak warga Myanmar tanpa dokumen yang sah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot tersebut ditahan kira-kira pukul 10.11 pagi pada kedudukan 11 batu nautika dari perairan Kemaman ketika melakukan rondaan rutin Op Iman.

“Ketika rondaan dilakukan, anggota penguat kuasa telah terserempak dengan bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tekong wargan tempatan dan empat awak-awak warganegara Myanmar yang berusia 39 hingga 54 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ariffin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati empat warganegara Myanmar berada di atas bot tersebut disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia .

Menurutnya, bot bersama kru dan hasil laut yang dianggarkan 1,200 kilogram sera kira-kira 4,000 liter diesel ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Tegas Ariffin, pihaknya akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat.

“Kita juga akan terus memperkasakan penguatkuasaan bagi menggesa komuniti maritim terutamanya nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya