Bomba ‘selamatkan’ kanak-kanak tersepit kaki dalam mangkuk tandas

Bomba ‘selamatkan’ kanak-kanak tersepit kaki dalam mangkuk tandas

PASUKAN bomba menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit kaki di mangkuk tandas di Tabika Kemas Kampung Menunggui, Kota Belud, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas kakinya tersepit di dalam mangkuk tandas di Tabika Kemas Kampung Menunggui, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, bantuan pasukan bomba dan penyelamat diperlukan untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 10.44 pagi dan sepasukan lapan pegawai dan anggota  ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki tersepit kaki sebelah kanan di dalam mangkuk tandas.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, mangsa diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan dan dibawa ke Hospital Kota Belud dengan menggunakan ambulans. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN