Bomba selamatkan dua wanita OKU terperangkap dalam banjir kilat

Bomba selamatkan dua wanita OKU terperangkap dalam banjir kilat

ANGGOTA bomba berjaya membawa keluar mangsa yang terperangkap dalam sebuah rumah gara-gara kejadian banjir kilat dengan menggunakan pengusung di Jalan Bayan Kechil, Taman Nibong Tebal, Pulau Pinang.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Dua wanita yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba selepas terperangkap dalam rumah mereka gara-gara kejadian banjir kilat yang berlaku di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu terkandas akibat panik susulan air naik secara tiba-tiba dalam rumah mereka di Jalan Bayan Kechil, Taman Nibong Tebal itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa bagaimanapun berjaya dibawa ke tempat selamat dalam kejadian tersebut tidak lama selepas itu.

Terdahulu katanya, bomba menerima panggilan menerima kejadian tersebut kira-kira pukul 9.25 pagi sebelum bergegas ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal.

“Hujan lebat telah menyebabkan air naik pada kedalaman dua kaki sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa OKU itu terkandas.

“Ketika ini, keadaan di lokasi kejadian dalam keadaan terkawal dan banjir telah beransur surut.

“Bagaimanapun, kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan masih dijalankan,” katanya di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya