Bomba bantu menyelamat pendaki wanita cedera mendaki Gunung Tahan

Bomba bantu menyelamat pendaki wanita cedera mendaki Gunung Tahan

Kumpulan pendaki berada di Kem Pangkin, Gunung Tahan menunggu bantuan membawa turun seorang rakan yang tercedera di Gunung Tahan berdekatan Merapoh, Lipis. - FOTO/JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang wanita berusia 27 tahun yang cedera di kaki dan paha memerlukan bantuan kecemasan untuk dibawa keluar dari Kem Pangkin, Gunung Tahan, Merapoh dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian berlaku pukul 8.50 pagi ini apabila mangsa, Nurul Shafiqah Norazmi bersama 20 pelajar telah melakukan aktiviti pendakian sejak 15 September lalu.

“Kumpulan pendakian itu turut disertai seramai 20 orang, iaitu 16 lelaki dan empat perempuan dari Lembah Klang, Putrajaya, Melaka dan Pulau Pinang dipandu oleh dua orang malim gunung.

“Turut serta mendaki seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung dan Gua (Moscar) Merapoh dan kumpulan pendaki berkenaan dijangka turun pada 21 September ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, Balai Bomba Kuala Tahan menerima panggilan pada pukul 8.42 pagi mengenai kejadian seorang anggota pendaki mengalami kecederaan di Kem Pangkin, Gunung Tahan

Ujarnya, ekoran kejadian itu, anggota Balai Bomba Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian di Merapuh untuk penugasan menyelamat serta mendapatkan bantuan helikopter untuk membawa turun mangsa dari tempat kejadian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN