PETALING JAYA: Pelajar berbelah bagi sama ada, ada kewajaran membenarkan pelajar membawa kenderaan sendiri ke sekolah seperti kereta, basikal atau motosikal.
Ada yang berpendapat tindakan membenarkan itu mengundang bahaya dan ada yang berpendapat biarkan sahaja bagi mengurangkan beban ibu bapa.
Pendapat mereka itu sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengalaman dan faktor persekitaran. UTUSAN