BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan memperhalusi kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa BN negeri bagi memperhalusi kerjasama BN-PH bagi memastikan kemenangan pada PRN17.

Menurut beliau, UMNO Sabah yakin kerjasama BN-PH akan menjamin kestabilan politik dan kemakmuran Sabah.

Beliau berkata, semalam UMNO Sabah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Sabah untuk membincangkan persiapan menghadapi PRN17.

Perkara berkaitan memperhalusi kerjasama BN-PH antara yang turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

“UMNO Sabah juga menyokong kenyataan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kempen BN-PH di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya akan datang.

“Sebagai langkah strategik, kepimpinan negeri digesa membantu kempen PRK DUN Mahkota untuk memperkukuh kerjasama BN-PH, sekali gus memastikan kemenangan calon BN,” katanya menerusi laman rasmi Facebooknya semalam.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, kejayaan model pada PRK DUN Mahkota itu akan dijadikan panduan bagi menghadapi PRN17.

Dalam mesyuarat semalam, setiap bahagian telah menunjukkan kesiapsiagaan akar umbi yang memuaskan. Mana-mana ruang penambahbaikan akan segera diambil tindakan untuk memastikan jentera pilihan raya berada dalam keadaan terbaik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN