PETALING JAYA: Pelakon Korea Selatan, Park Ji Ah, 52 dilaporkan meninggal dunia akibat mengalami serangan strok sehingga tidak sedarkan diri.
Khabar duka pelakon yang terkenal dengan watak ibu kepada Song Hye Kyo dalam drama ‘The Glory’ itu disahkan oleh agensinya, Billions.
“Kami adalah agensi yang mewakili Park Ji Ah dan kami ingin berkongsi berita duka dengan anda semua.
“Park Ji Ah meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas mengalami strok iskemia, kira-kira jam 2.50 pagi, hari ini.
“Kami (Billions) akan sentiasa mengenang minat mendalam mendiang terhadap dunia miliki, yang dia tunjukkan sehingga ke hujung hayatnya.
“Sekali lagi, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, majlis persemadian mendiang akan berlansung pada 2 Oktober di Dewan Pengebumian 2 di Pusat Perubatan Asan.-UTUSAN