LOS ANGELES: Pelakon drama bersiri Elite, Julian Ortega, meninggal dunia pada usia 41 tahun.
Berita duka itu dikongsikan kesatuan anak seni Sepanyol dalam kenyataan baru-baru ini.
“Takziah buat keluarga dan kenalan mendiang,” tulisnya.
Media tempatan melaporkan pelakon itu mengalami serangan jantung sebelum rebah ketika bercuti di pantai Zahora, Barbate semalam.
Mendiang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ortega, yang merupakan anak kepada pelakon Gloria Munoz pernah membintangi beberapa buah filem antaranya El Otro Barrio dan La Raiz Del Mar. – INDEPENDENT