Bimbing SK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SKPPPTR),

Bimbing murid-murid jadi usahawan tani SKPPPTR ajar kemahiran berkebun

MURID-murid membaja ketika waktu petang di Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SKPPPTR), Tekam, Jerantut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SKPPPTR), Tekam dekat Jerantut bukan sahaja dititip dengan pengetahuan menerusi pembelajaran menulis, membaca, mengira serta pembinaan insan, tetapi kemahiran berkebun antara aktiviti sampingan di luar bilik darjah.

Sehingga ini, antara kemahiran yang diceburi, iaitu berkebun di bawah projek Laman Aquaponik berdekatan premis SKPPPTR dengan menanam sayur-sayuran seperti kailan, kangkung, sawi, salad, daun sup, cili, terung dan strawberi.

Guru Besar SKPPPTR Tekam, Zainordin Mohamed Yatim berkata, projek Laman Aquaponik yang dimulakan sejak bulan Jun 2023 merupakan sebahagian aktiviti dalam Pertandingan Farm In School.

Peringkat Kebangsaan 2024 apabila sekolah itu antara tiga bua buah sekolah rendah di Pahang yang terpilih menyertai program tersebut.

“Seramai 42 orang murid yang dikenali sebagai Skuad Farm In School merupakan mereka (murid) yang terbabit (menerima) Program Susu Sekolah Farm Fresh dengan kerjasama Panitia Reka Bentuk dan Teknologi termasuk bantuan tenaga warga sekolah ini yang terdiri seramai 372 murid serta 30 orang guru menjayakan projek tanaman ini.

“Sebenarnya, bukan sahaja menyertai pertandingan Farm In School Peringkat Kebangsaan 2024, tetapi kita (guru) ingin memupuk minat keusahawanan dalam kalangan murid sekali gus mampu melahirkan generasi celik pertanian yang menyumbangkan sumber makanan negara,” katanya di SKPPPTR Tekam , Jerantut dekat sini baru-baru ini.

Menurut Zainordin, hal tersebut sekali gus antara pelantar mengukuhkan pembelajaran murid berasasan projek daripada sukatan pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun Lima, iaitu bidang teknologi pertanian.

 

 

Berkongsi pengalaman aktiviti tersebut, Penolong Kanan Satu, Mohd Jusni Yusof berkata, projek mengisi Pertandingan Farm In School Peringkat Kebangsaan 2024 itu di bawah pemantauan guru penyelaras, Norfaridahani Ahmad juga melibatkan Laman Hidroponik, Laluan Fertigasi, Sudut Sarang Kelulut, Rumah Burung Pungguk, Sudut Kawalan Makhluk Perosak serta laman herba dan ulam.

Beliau berkata, usaha untuk menjadikan SKPPTR sebagai ‘sekolah dalam kebun’ juga terus dipergiatkan dengan membina lebih banyak pondok hidroponik solar, pondok sayur Aquaponik serta landskap sekolah yang bertemakan kebun sayur dan buah-buahan.

“Usaha guru dan murid melaksanakan projek Farm In School turut mendapat perhatian pihak pengurusan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) yang kebetulan sekolah ini berada dalam kawasan tersebut amat bertuah apabila mendapat khidmat bantu cara penanaman, baja dan medium tanah serta nasihat daripada pegawai Felda Global Ventures (FGV) dan Felda sendiri.

 

“Kata orang-orang tua ‘bagai pucuk dicita, ulam pun mendatang’ kesemua ibu bapa yang terdiri daripada pengurusan peringkat atas serta kaki tangan PPPTR yang anak mereka belajar di sini tidak lokek untuk bekerjasama menyumbang kudrat dan buah fikiran selain kebendaan untuk memajukan projek ini,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Katanya, pelajar sekolah tersebut menanam padi huma dalam pasu yang boleh dituai selepas 160 hari sebagai pendedahan pengetahuan mengenai makanan ruji dan sumber perladangan komersial di negara ini.

 

Dalam pada itu, guru penyelaras, Norfaridahani Ahmad menambah, sejak projek laman Aquaponik (sayur-sayuran) bermula bulan Jun tahun lalu, murid di situ telah memetik sayuran tersebut setiap kali matang setiap kali pusingan dalam tempoh dua bulan untuk dijual kecuali strawberi yang memakan masa yang sedikit panjang.

“Hasil tanaman ini memberikan manfaat kepada warga sekolah apabila dijual seikat dengan harga RM2 kepada guru, murid dan ibu bapa kecuali strawberi masih dalam percubaan tanaman kerana hasilnya tidak banyak untuk pasaran.

“Aktiviti ini sekali gus memperkenalkan slogan ‘pertanian adalah perniagaan’ antara tujuannya untuk membina nilai keusahawanan dalam kalangan murid selari dengan hasrat kerajaan melestarikan Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) berasaskan pengeluaran hasil pertanian,” katanya.

Sehubungan itu katanya, usaha berterusan untuk menjadikan SKPPTR sebagai ‘sekolah dalam kebun’, projek ini akan ditambah dengan pembinaan pondok hidroponik solar, pondok sayur Aquaponik serta lanskap sekolah yang bertemakan kebun sayur dan buah-buahan serta tanaman komersial lain.

Dalam pada itu murid Tahun Enam, Muiz Mohd Suhazizi berkata, dia yang menganggotai Kelab Reka Bentuk dan Teknologi amat teruja apabila berpeluang menajamkan kemahiran berkebun sayur sekai gus amat gembira ketika memetik hasil untuk dipasarkan.

“Kepenatan belajar di kelas bersama rakan reda apabila turun ke Laman Aquaponik melihat kebun sayur-sayuran yang menjadi terapi minda serta galakan untuk kami berkebun selepas ini,” katanya.

Rakannya dari kelas Tahun Empat, Muhammad Ebnu Al Qadri Rosman berkata, dia serta rakan berasa gembira setelah penat mengerah kudrat berkebun akhirnya membuahkan hasil apabila sayuran itu dijual kepada warga sekolah itu, ibu bapa dan penjaga. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya