Besar amal Surah Yusof perangi pengganas komunis

Besar amal Surah Yusof perangi pengganas komunis

BESAR Long menunjukkan gambarnya semasa menjadi anggota Jungle Squad kepada Azli Mohd. Noor di Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Walaupun usia mencecah 103 tahun, seorang anggota Jungle Squad atau kini dikenali sebagai Pa­sukan Gerakan Am, Besar Long tidak pernah melupakan pe­ngalaman berdepan ancaman komunis pada zaman darurat.

Menurut Besar, dia menyertai Jungle Squad pada 1948 dan ditempatkan di Kuala Lumpur serta Selangor bagi memerangi pengganas komunis.

Katanya, hampir setiap hari pasukannya berdepan ancaman anggota komunis termasuk beberapa siri serangan hendap di kawasan operasi di Lembah Klang.

“Saya pernah menembak mati dua pengganas ketika operasi memburu komunis sehingga 1960.

“Paling tidak dapat dilupakan adalah melihat ramai rakan seperjuangan terkorban, namun saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan sepanjang berkhidmat dalam pasukan keselamatan.

“Setiap kali bertugas, saya mengamalkan Surah Yusof dan beberapa doa meminta perlin­dungan Allah daripada serangan musuh,” katanya yang bersara pada 1984 sebagai Ketua Balai Polis Pulau Bidong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kebajikan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor di kediamannya di Kampung Chabang Tiga, di sini semalam.

Sementara itu, Azli berkata, kunjungannya bertujuan menghargai pengorbanan veteran polis yang banyak berjasa kepada negara sempena sambutan Hari Malaysia.

Jelasnya, keberanian dan pengorbanan anggota ke­selamatan terdahulu harus dijadikan contoh kepada ma­syarakat serta pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya