Berselera makan pulut ikan kering sebelum jatuh Sungai Muda

Berselera makan pulut ikan kering sebelum jatuh Sungai Muda

Hassan Desa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: “Anak saya sempat menjamah pulut ikan kering sebelum terjatuh di muara Sungai Muda dari jeti dengan mayatnya ditemukan semalam”.

Demikian kata Hassan Desa, 82, bapa mangsa lemas, Allahyarham Zubir, 30, ketika ditemui di Kuala Muda, dekat sini semalam.

Katanya, anak bongsu daripada tiga beradik itu dilihat berselera menikmati makanan itu sebelum dia keluar ke jeti pendaratan ikan Pasar Bisik di Kuala Muda kira-kira pukul 12.55 tengah hari, Selasa lalu.

“Saya agak hairan apabila dia menghabiskan pulut ikan kering itu kerana biasanya dia akan meninggalkan sedikit, selain saya turut meminta dia menyimpan sedikit untuk saya makan.

“Selesai makan, dia beritahu mahu ke bank untuk mengeluarkan wang simpanan sebelum saya dimaklumkan dia jatuh sungai pada tengah hari kelmarin (Selasa),” katanya.

Hassan yang merupakan bekas peniaga ikan berkata, sejak kematian isterinya, Habibah Yusuf, lima tahun lalu, dia tinggal bersama Zubir yang belum berkahwin di rumah mereka di Kampung Sungai Meriam, di sini manakala dua lagi anak perempuannya telah berkahwin dan tinggal berasingan.

“Arwah mengambil upah memanjat pokok kelapa di sekitar daerah ini dan bukan nelayan tetapi pandai berenang. Saya terkejut apabila dimaklumkan dia hilang selepas terjatuh ke dalam sungai,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mayat Zubair dijumpai penduduk dalam keadaan terapung di pesisir Pantai Kampung Palas, Kota Kuala Muda di Bertam, Pulau Pinang pada pukul 3 petang kelmarin.

Kata beliau, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya