Bersantai di kafe tengah sawah

Bersantai di kafe tengah sawah

Kakitangan kafe Punten N Coffee menunjukkan makanan dan minuman yang disajikan di kafe yang terletak di tengah sawah di Seberang Perak semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Keindahan pemandangan sawah padi di sini menjadi tarikan sebuah kafe yang menyajikan pelbagai makanan untuk pelanggan.

Kafe Punten N Coffee terletak di tengah-tengah kawasan jelapang padi Felcra Seberang Perak di sini, bukan sahaja untuk pe­langgan menikmati pemandangan terutama pada petang tetapi juga menikmati keenakan minuman kopi dan makanan yang disajikan.

Pengurus yang juga pemilik kafe tersebut, Mohd. Fikri Roslan, 35, berkata, kafe itu menyediakan pelbagai jenis minuman berasaskan kopi seperti americano, latte dan cappucino.

Untuk makanan, pelanggan boleh memilih masakan lasagne sama ada ayam atau daging, spaghetti, ayam goreng dan pelbagai lagi manakala untuk pencuci mulut boleh cuba merasai kek atau donut.

Mohd. Fikri berkata, Punten N Coffee adalah tempat paling ideal untuk menikmati panorama menarik pada sebelah petang dan ia dibuka mulai pukul 3 petang setiap hari.

Menurutnya, sajian pilihan di kafe itu menyelerakan dengan penyediaan kopi yang harum dan menyegarkan.

“Tempat yang ideal untuk memulakan hari dengan penuh tenaga, diiringi hidangan yang enak. Pelanggan boleh merasai kehangatan suasana pagi di Punten N Coffee,” katanya.

Katanya, pemandangan menarik suasana di sawah padi sama ada pada waktu pagi atau petang sudah tentu menjadikan kafe itu tempat merehatkan fikiran atau untuk healing yang sesuai.

Jelasnya, mereka menggunakan biji kopi pilihan dari Brazil dan Colombia untuk memenuhi cita rasa para pelanggan.

“Kami gembira kerana kafe ini semakin dikenali dan menjadi pilihan termasuk dari luar daerah ini. Mereka bukan sahaja dapat menikmati makanan dan minuman yang sedap tetapi dapat menikmati pemandangan indah sawah padi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN