Beri perhatian lambakan pesakit di klinik Kampung Pandan dalam belanjawan

Beri perhatian lambakan pesakit di klinik Kampung Pandan dalam belanjawan

JOHARI Abdul Ghani bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ekzema Sedunia 2024 di Hospital Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu isu lambakan pesakit di Klinik Kesihatan Kampung Pandan, di sini diberi perhatian dalam peruntukan Belanjawan 2025 yang akan dibentang bulan hadapan.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, beliau sudah membawa isu tersebut kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibentang kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk tindakan lanjut.

“Untuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) mereka sudah buat permohonan sendiri (kepada KKM) tetapi bagi saya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa, saya beri penumpuan kepada Klinik Kesihatan Kampung Pandan sebab terlampau sesak jika dulu boleh kendalikan 300 hingga 600 pesakit sehari sekarang terima lebih 1,000 pesakit.

“Sekarang kawasan ini semakin berkembang kerana ramai pesakit bukan Kampung Pandan sahaja, malah orang luar seperti Pandan dan Ampang sehingga terpaksa pakai kontena sabab terlampau ramai.

“Saya sudah membawa permohonan ini kepada KKM dan bercakap dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang menjaga soal infrastruktur ini untuk dia tengok bagaimana kita boleh menyelesaikan isu ketidakselesaan di Klinik Kesihatan Kampung Pandan ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Hari Ekzema Sedunia 2024 di HKL, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, setakat ini Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan mengenal pasti tanah kosong di kawasan Cochrane kemungkinan potensi untuk menggantikan kemudahan sedia ada.

“Saya juga sudah berbincang dengan pihak Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan mereka sudah mengenal pasti ada tanah di Cochrane.

“Jadi, seharusnya ambil peluang ini untuk buat kawasan (klinik) lebih selesa untuk menggantikan tempat (kemudahan) yang ada sekarang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN