Beri cincin hanyalah gimik semata-mata - Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Beri cincin hanyalah gimik semata-mata – Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Itu hanya sebahagian daripada gimik.”

Demikian jawapan pelakon dan penyanyi, Adira Suhaimi mengenai kejutan kemunculan bekas suaminya, Abang Red yang tiba-tiba muncul dan memberikan cincin kepadanya.

Jelas Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, tindakan itu bukan mempunyai makna yang tersendiri tetapi hanya gimik untuk memeriahkan majlis itu lagi.

“Macam babak cincin diberi ketika acara berlangsung pula, bukan niat untuk main-main tetapi itu adalah sebahagian daripada acara untuk menjayakan majlis.

“Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur sebab abang Red pun memberikan komitmen penuh. Jadi saya sangat menghargai dia yang mahu membantu.

“Sebenarnya bukannya nak beri cincin tu tanda mahu berkahwin, tidak. Tiada niat untuk main-main pun sebaliknya adalah untuk menjayakan, mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis tersebut,” katanya.

Adira berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran cincin terbaharu, Siti Adira Collection melalui Mira Gold di Magica Grand Hall, semalam.

Selain itu, penyanyi lagu Pujaan Hati itu menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya itu.

Adira berkata, dia lebih selesa memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya bersama Abang Red kepada umum.

“Mulut orang saya tak boleh nak tutup, yang mana tahu, tahu sahajalah. Tapi kalau nak kata main-main tentang perkahwinan, cerai dan sebagainya, semua orang pun tahu benda itu tidak boleh dibawa main.

“Jadi apa yang berlaku itu adalah jalan dan proses yang perlu saya hadapi, tidak perlu untuk semua orang faham kenapa, tak perlu orang tahu kenapa.

“Cukuplah hanya saya dan Abang Red sahaja yang tahu serta keluarga terdekat,” ujarnya lagi.

Sejak semalam, video gimik penyerahan cincin itu telah tular mendapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada warganet.

Terdapat warganet yang bersyukur mereka berdua kekal baik dan ada juga yang mendakwa mereka mempermainkan isu rumah tangga.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya