Berhabis RM300,000, Siti Jamumall bukan mahu tutup mulut orang - Utusan Malaysia

Berhabis RM300,000, Siti Jamumall bukan mahu tutup mulut orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Niat hati adakan majlis resepsi bukan untuk menutup mulut orang mengenai isu kami bernikah di Thailand tempoh hari.”

Demikian jawapan selebriti media sosial, Siti Jamumall selepas majlis respepsinya baru-baru ini tular di media sosial.

Dihadiri lebih 5,000 tetamu, majlis tersebut diadakan untuk menghargai peminat dan pengikut media sosial mereka yang mahu melihat pasangan pempengaruh itu bersanding atas pelaminan.

“Sebelum ini memang tular mengenai pernikahan kami di Thailand. Cuma kami baru berkesempatan mengadakan majlis persandingan Ahad lalu. Bukan nak tutup mulut orang ya.

“Tiada sebab pun saya mahu tutup mulut orang, nikah di Thailand pun masih sah kan? Kami mahu menghargai peminat dan pengikut kami yang dah lama menyuarakan hasrat melihat saya dan Aiman bersanding.

“Jadi, apa salahnya kami buat dan beri orang makan sebab itu adalah lebih afdal untuk dilakukan. Lagipun seronok bila tengok ramai peminat berhibur dengan persembahan teater, penampilan artis popular,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Suriani Wahiddin turut memaklum dia dan suami ‘berhabis’ hampir RM300,000 termasuk tajaan daripada pelbagai jenama demi merealisasikan majlis persandingan gilang-gemilang.

“Kalau tak campur dengan penaja, jumlah yang saya dah gunakan untuk majlis resepsi lebih kurang RM200,000.

“Kalau tambah dengan nilai tajaan yang diberikan, jumlah yang digunakan hampir mencecah RM300,000.

“Dalam masa yang sama, tarikh 1 September persandingan kami ini juga sempena hari jadi saya. Jadi, kita adakan sekali majlis sanding dengan sambutan hari jadi,” kongsinya.

Terdahulu, Siti meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi satu hantaran video memaklumkan dirinya sudah pun bernikah di Thailand bersama Aiman pada 1 Jun menerusi TikTok.

Untuk info, pempengaruh itu dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya