Beregu lelaki negara mara ke final - Utusan Malaysia

Beregu lelaki negara mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hanya pasangan beregu lelaki negara, Lim Tze Jan-Wong Tien Ci layak ke final Cabaran Badminton Antarabangsa Petronas Malaysia 2024 di Arena Badminton Perak, Ipoh.

Pasangan itu meneruskan kemaraan ketika lain-lain wakil negara terhenti perjalanan mereka pada peringkat separuh akhir hari ini.

Mereka mengejutkan pilihan utama kejohanan, Kazuki Shibata-Naoki Yamada 21-13, 21-11 untuk layak ke pentas akhir bertemu Solomon Jr Padiz-Julius Villabrille selepas pasangan pasangan Filipina itu menewaskan Naoya Kawashima-Kota Ogawa 23-21, 21-9.

Sementara itu, perjalanan Eogene Ewe dalam acara perseorangan lelaki turut menemui noktah.

Ini berikutan kakalahannya dalam perlawanan separuh akhir kepada pemain Jepun, Minoru Koga 13-21, 19-21.

Koga, 28, pilihan ke-16 kejohanan mempamer aksi cemerlang untuk menjinakkan pilihan ke-14 kejohanan itu dalam tempoh 44 minit.

Sebaliknya, segalanya tidak menjadi buat Eogene yang menyingkir pilihan utama kejohanan Koo Takahashi di pusingan ketiga dan pemain Thailand, Wongsup Wongsup In pada suku akhir kelmarin.

Malah impian menyaksikan wakil Malaysia beraksi di final turut musnah berikutan kekalahan Sholeh Aidil yang tumpas kepada pemain Jepun, Riku Hatano 16-21, 22-20,11-21. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN