‘Bercuti dengan keluarga di Pantai Tanjung Aru pun okey’

‘Bercuti dengan keluarga di Pantai Tanjung Aru pun okey’

BIANA Jilih (tengah) bersama keluarga sibuk menyiapkan makanan untuk berkelah di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketika ramai memilih meredah kesesakan jalan raya untuk bercuti di Kundasang, masih ada keluarga yang memilih untuk berkelah di tepi pantai sempena musim cuti sekolah, baru-baru ini termasuklah di Pantai Tanjung Aru, dekat Kota Kinabalu, Sabah.

Tinjauan Utusan Pelajar di Pantai Tanjung Aru, dekat Kota Kinabalu, Sabah mendapati ramai keluarga yang berkelah sambil berbeku serta beriadah bersama anak-anak.

Bagi Biana Jilih, 38, yang berasal dari Tambunan, Sabah mereka sekeluarga mengambil peluang sempena cuti sekolah kali ini untuk berkelah di pantai.

“Kami sekeluarga mengambil peluang beriadah di sini. Biasanya kalau tiada apa-apa kerja di kampung, kami akan datang ke Kota Kinabalu dan seterusnya berkelah bersama keluarga di Pantai Tanjung Aru.

“Suasana di sini cukup tenang dan tidak perlu meredah kesesakan jalan raya.

“Kebetulan adik saya tinggal di Penampang jadi, mudah bagi kami sekeluarga untuk berkunjung ke sini bersama ibu bapa kami,” katanya. Mereka gemar membawa anak mandi-manda di pantai kerana suasana sebegitu tiada di Tambunan. Tiada laut di daerah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN