Bekas pengurus jualan syarikat beras didakwa pecah amanah 

Bekas pengurus jualan syarikat beras didakwa pecah amanah 

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus jualan syarikat pemborong beras mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah, tahun lalu.

Tertuduh, Chew Soon Lung, 48, didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM82,859.50 milik Hock Ju Edar Sdn. Bhd. yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun syarikat antara 4 Januari dan 12 September 2023. 

Lelaki itu didakwa mengikuti Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun atau tidak melebihi 14 tahun dan dengan sebat atau hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, R. Harvind mencadangkan jaminan sebanyak RM150,000 dan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. 

Bagaimanapun, Soon Lung yang tidak diwakili peguam memohon ikat jamin yang rendah atas alasan sudah tidak bekerja dan sedang menanggung keluarga.

“Saya memohon kepada mahkamah supaya memberikan jaminan dan denda yang minimum kerana saya tidak bekerja dan perlu menanggung anak seramai tiga orang,” kata Soon Lung dalam prosiding. 

Hakim Azrul Darus menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 serta syarat tambahan seperti dipohon oleh pihak pendakwaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN