Bekas pengikut GISBH diminta tampil bantu polis - Razarudin

Bekas pengikut GISBH diminta tampil bantu polis – Razarudin

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyeru mana-mana bekas pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH) atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rumah amal kendalian syarikat itu yang melakukan pengabaian, penganiayaan, penderaan dan salah laku seksual diminta tampil memberikan maklumat kepada polis.

“Bekas pengikut GISBH yang pernah mempunyai pengalaman sama dan ada maklumat berkaitan pengabaian, penganiayaan, penderaan dan salah laku seksual di rumah amal itu diminta tampil membantu siasatan.

“Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan aktiviti GISBH ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, polis mendedahkan hasil saringan kesihatan terhadap 384 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global baru-baru ini mendapati ada ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN